4S Rutin Ringkas Luar Biasa Jadikan Harimu Produktif
Masa edisi sekarang adalah edisi yang sangat TERHAD. Sebab itulah kita nak sentiasa produktif supaya dapat manfaatkan masa sebaiknya. Kerana kalau duit hilang boleh cari, masa yang hilang.... Jawablah sendiri..huu~
Jadi saya kongsikan 4S, rutin yang luar biasa, sesuai untuk dipraktikkan lebih-lebih lagi bagi kamu yang sentiasa sibuk, mencari ruang sempit dalam masamu yang singkat.
Rutin yang ringkas. Cuma perlu amalkan. Cuba dan lihat hasilnya kepada dirimu.
Sebaik saja bangun dari tidur.
SINAR
Buka tingkap dan langsir. Bawa masuk aura dan semangat dari mentari pagi keseluruh ruang bilik dan rumahmu. Cahaya matahari pagi adalah salah satu booster yang baik untuk memulakan hari dengan bertenaga. Sihat fizikal dan mental.
SUSUN
Untuk menjadikan hari yang produktif, kamu mesti dimulakan dengan sesuatu yang produktif. Susum dan kemas tempat tidurmu dulu. Tips ini diajar oleh Admiral William McRaven; dengan mengemas tempat tidur setiap hari sahaja, dapat memberi impak positif kepada dirimu dan segala apa yang bakal kamu lakukan sepanjang hari itu. Mulakan dari sekarang dan lihat hasilnya.
SENARAI
Senaraikan apa yang akan kamu lakukan hari ini. Sebaiknya senarai ini dibuat malam sebelum kamu tidur. Bila bangun pagi, semak senarai dan edit apa yang patut. Dengan ini hari kamu jadi lebih terancang, minda kamu pula sedia untuk bertindak. Jangan terkejut kalau hari ini otak kamu cekap aje berfikir dan badan kamu cepat saje bertindak.
SUKA
Pastikan kamu buat satu perkara yang kamu suka hari ni. Tetapkan satu perkara dan waktu yang sesuai. Jadikannya sebagai ganjaran atau hadiah buat dirimu yang istimewa. Setiap hari. Lakukan dan kongsikan hasilnya dengan saya nanti.
Good luck!
Good luck!

Comments
Post a Comment